Thursday 15 November 2012

KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

-->

 



RIS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013
KOD & NAMA KURSUS
KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:
FALSAFAH DAN DASAR
TAJUK

Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam .


 


KUMPULAN
EL -A01(112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA
NO. ID
NO. TELEFON
RADIYATUL ADAUWIAH BINTI MOHD TAHIR
710910086170
0175906432

NAMA TUTOR E-LEARNING:EN.  ZAINI  B. ABDULLAH

TARIKH SERAH: 30 OKTOBER 2012


KPF3012 (PPGPJJ)





TAJUK:         Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam .


1.0              Pengenalan

       Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) penting dalam pelaksanaan pendidikan negara. FPK menjadi panduan kepada semua pihak untuk mempastikan penterjemahannya dapat mencapai hasrat pendidikan negara untuk melahirkan warga negara yang cemerlang. Esei ini akan membincangkan Proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) merupakan aktiviti yang terpenting  di dalam  dalam bilik darjah .Kejayaan dan kegagalan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran  bergantung kepada guru yang melaksanakannya .Menurut Abu Bakar  Nordin  dan Ikhsan Othman (2008 :42) , guru ialah asas kepada pelaksanaan proes pendidikan  walaupun proses  pendidikan itu boleh juga berlangsung tanpa kehadiran guru. Rancangan Pelajaran dan pembelajaran yang berjaya ialah dengan menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran untuk Pembangunan modal Insan  yang cemerlang dari segi akhlak , intelek , emosi , rohani dan Jasmani.        
        FALSAFAH  PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“  Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani ,emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan ,berakhlak mulia , bertanggungjawab ,berkerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kmakmuran keluarga dan negara “.
   Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini digubal daripada uaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan ideologi negara sebagaimana yag telah dimanefestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan termasuk  Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan , ia boleh diterjemahkan sebagai sebagai suatu hasrat untuk memastikan usaha berterusan dalam pendidikan .Antara  lainnya , memperkembangkan potensi individu  secara berterusan melalui proses pendidikan. Proses pendidikan yang berlaku  seharusnya dapat mencakupi  dari segi rohani , emosi , jasmani dan intelek . Seterusnya  ,apabila rohani  ,emosi , jasmani dan intelek dapat disatukan dalam proses pendidikan maka akan lahirlah individu yang seimbang dan harmonis .
         Di akhit matlamat atau hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan ini adalah untuk melahirkan insan  yang menghayati nilai – nilai agama dan berpegang kepadanyang menentukan halatuju .psistem pendidikan kebangsaan . Falsafah yang diterapkan oleh guru – guru di sekolah diharapkan mampu menjayakan hasrat murni kerajaan untuk melahirkan insane yang sempurna . Untuk menerapkan unsur – unsur falsafah dengan berkesan di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran , guru – guru perlu memahami sepenuhnya ilmu falsafah dan akhirnya barulah guru –guru dapat menguasai dan menyalurkannya ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran .
FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
   “ Pendidikan Islam adalah salah satu usaha berterusan kea rah emeprekembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani . Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berakhlak mulia , bertanggungjawab , berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga , masyarakat dan  negara “.
    Falsafah Islam ialah falsafah yang berteraskan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.
 Jadi apabila seseorang Islam yang faham Islam membincangkan mengenai falsafah, tidak
kira sama ada falsafah hidup atau falsafah pendidikan atau pun yang lain-lain,
perbincangannya tidak akan lari daripada prinsip dan matlamat Islam. Sebaliknya,
seorang Islam yang tidak memahami hakikat Islam, malah ia telah lebih dahulu
mendalami falsafah lain daripada Islam, menjadi sangat susah ia menerima falsafah
Islam.  Malah falsafahnya yang dikatakan Islam itu dalam banyak hal bertentangan
dengan kehendak Islam.
        Jika falsafah itu diertikan dengan "cintakan hikmah atau kebenaran" maka falsafah
Islam bererti cintakan hikmah atau kebenaran yang berasaskan ajaran Islam.   Dan ajaran
Islam itu bersumberkan wahyu, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.  Failasuf Islam dari setiap
zaman, apabila membincangkan tentang falsafah biasanya mereka tidak akan lari
daripada soalan-soalan berikut sebagai asas perbincangan, iaitu:  Siapa anda (apa hakikat
 diri anda)?  Dari mana anda datang? Kenapa anda berada di sini (alam dunia)? Kemana
anda akan pergi?  Apa tujuan hidup?  Dan apakah hakikat mati? (Yaljin, 1991).
    Perkataan hikmat disebut beberapa kali di dalam Al-Quran dengan maksud yang
berbeza mengikut qarinah ayat berkenaan.  Hikmah ada kalanya bermaksud bijaksana
(surah An-Nahli 125).  Mengikut Muhammad Nasir (1978) hikmah di sini bermaksud
mengenal golongan.  Sheikh Muhammad Abduh pula berkata bahawa "Hikmah itu ialah
memahami sesuatu tentang rahsia dan faedahnya".

2.0       Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dan Penterjemahannya Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.
           

2.1. Bentuk pendidikan yang ada di Malaysia.
           Bentuk pendidikan di Malaysia telah bermula sejak sebelum penjajahan Inggeris , sehinggalah sekarang ini. Pada masa sebelum penjajahan Inggeris pendidikan adalah bercorak tradisional dalam institusi keluarga dan masyarakat.Pendidikan mada masa itu bercorak warisan turun = temurun yang diwarisi dari sati generasi ke satu generasi . Rakyat berpegang kuat kepada warisan yang bersifat  ketimuran ditambah pula dengan ajaran agama Islam yang teguh.Ibu bapa adalah orang yang penting  sebagai pendidik yang mendidik anak –anak berkaitan dengan agama,  nilai murni , budi bahasa dan akhlak . Bagi golongan bangsawan pula mereka mengamalkan pendidikan secara formal dengan mengundang guru – guru untuk mengajar anak mereka contohnya di istana.Pelajaran khusus telah ditetapkan seperti pelajaran Jawi, bahasa Arab , Fiqh , Tauhid , Al Quran dan lain – lain.
       Pendidikan semasa penjajahan (1786-1957) , masyarakat di tanah Melayu adalah terdiri daripada golongan elit , bangsawan ,rakyat pertengahan dan rakyat bawahan . Maasyarakat mula bersifat majmuk dengan kedatangan buruh dari Cina dan India secara beramai – ramai untuk bekerja di lombong bijih timah dan di ladang – ladang seperti ladang kopi, kelapa , tebu dan getah . Inggeris telah memperkenalkan sekolah vernacular iaitu sekolah berasaskan etnik iaitu sekolah Cina untuk bangsa Cina , sekolaj Tamil untuk bangsa India , sekolah Melayu untuk orang Melayu.
      Pendidikan era sebelum merdeka pula berbentuk moden dan bersistematik dengan wujudnya Jawatankuasa  iaitu Panyata Razak yang diketuai oleh Abdul Razak Husin. Antara kandungan penyata Razak  ialah bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar .
       Pendidikan era selepas kemerdekaan ialah dengan mewujudkan  sistem pendidikan Kebangsaan yang berasaskan Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib.Perpaduan kaum menjadi agenda utama dalam melaksanakan aktiviti pendidikan pada masa itu .Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama di sekolah ,sistem peperiksaan dan kurikulumnya adalah untuk memupuk perpaduan antara kaum.
       Pendidikan era Milenium  banyak perubahan telah berlaku untuk meninggkatkan pendidikan. Era Penddikan Millennimum adalah bercirikan global tanpa meminggirkan yang tradisional


2.2   Proses pengajaran & pembelajaran yang disarankan dalam FPK
                 
                    Kejayaan pengajaran dan pembelajaran itu  adalah bergantung kepada pencapaian objektif  pengajaran dan pembelajaran dan wujudnya unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu berlangsung.      Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek , rohani , emosi dan  jasmani guru mestilah mempunyai  perancangan yang baik dan tersusun agar pengajaran dan pembelajaran tercapai melalui Rancangan Pelajaran harian , pelaksanaan pengajaran dan penilaian pembelajaran.
     Pengajaran dan Pembelajaran
   Dari segi bahasa , menurut kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) Perkataan Pengajaran dan pembelajaran ada;ah berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud petunjukn yang diberikan kepada orang lain. Pengajaran bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain . Pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajarkan (seperti caranya  , sistemnya dan lain – lain.
   Pembelajaran pula ialah suatu gerakbalas kepada rangsangan – rangsangan yang mebawa kepada satu perubahan . Menurut Shea (1994) dalam Juhazren Junaidi et al (2005) pembelajaran ialah satu proses mental atau fizikal yang mmbawa kepada perubahan tingkah laku .Eh Ah Ming (1993)pula  mengatakan bahawa pembelajaran adalah satu proses memperoleh pengetahuan , kemahiran  , sikap dan nilai yang baru
   Antara ciri – ciri pengajaran ialah :
·         Guru dan murid
·         Guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajaran
·         Hanya bermakna  apabila ada pembelajaran
·         Melibatkan intruksi diikuti dengan latihan ,indoktrinasi dan pelaziman operan
·         Melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol
·         Ada kaitan tugasan dan pencapaian
·         Boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru ,murid dan gabungan guru = murid serta berpusatkan sumber
·         Meliputi rancangan mengajar
·         Proses yang melibatkan dua hala
·         Ada unsur sains dan seni.
   

ii.Matlamat pendidikan yang dihasratkan dalam FPK:

a)Matlamat kepada individu (intrinksik)

     Matlamat kepada individu iaitu melahirkan insane yang seimbang dari segi emosi ,.rohani , .intelek dan  jasmani dalam pendidikan di Malaysia.Pendidikan di Malaysia adalah satu proses asas dan utama untuk pembinaan insane yang baik , seimbang dan bersepadu untuk menjayakann cita – cita dan hasrat negara.

Matlamat ialah sasaran atau tujuan yang hendak dicapai. Dalam rancangan pelajaran tajuk ibadah iaitu bersuci daripada najis juga ada matlamat iaitu melahirkan Muslim yang yang berilmu , beriman  , bertaqwa , beramal soleh ke arah menjadi hamba Allah dan khalifah Allah. Selain itu matlamat yang kedua ialah melahirkan warganegara Malaysia  yang berilmu pengetahuan serta mengetahui dan mengamalkan amal ibadat Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah  iaitu selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu meyakini rukun Islam  dan Rukun Iman.
.
b)Matlamat kepada sumbangan oleh individu kepada keluarga, masyarakat dan negara (ekstrinksik)

    Matlamat sumbangan oleh individu kepada , masyarakat dan negara  berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui Rancangan Pelajaran harian tajuk bersuci daripada najis melahirkan insane yang seimbang dari segi jasmani dan rohani yang memupuk sikap mengamalkan kebersihan  fizikaliaitu tubuh badan , pakaian dan tempat tinggal.Sikap ini perlu disemai dalam diri murid supaya mereka dapat mengaplikasikannya hingga mereka dewasa dan berkeluarga danmengajar anak – anak mereka amalan menjaga kebersihan.

   Kebersihan amat penting dalam kehidupan dan najis adalah benda kotor dan apabila terkena najis semua ibadat tidak sah dan diterima oleh Allah.Untuk menjadikan diri mereka insane yang beriman dan mengamalkan hukum – hukum Allah seperti solat dan membaca Al Quran. Jika murid boleh menghayatinya dan mengamalkan dalam kehidupan seharian akan mewujudkan masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran Islam sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu manusia yang seimbang dari rohani dan jasmani dan Rukun Negara iaitu kepercayaan kepada Allah dan Rukun Iman iaitu Beriman kepada Allah seta rukun Islam mengucap dua kalimah syahadah.


iii. Penterjemahan FPK menerusi P & P

            iii.a Tajuk /tema
 Ibadah iaitu cara menyucikan najis.salah satu tajuk dalam Ibadah yang    sangat penting untuk memastikan murid mengamalkan 
kebersihan dalam kehidupan harian sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu melahirkan murid yang mengamalkan cara hidup yang berdisiplin dan berlandaskan Islam iaitu berpaksi ketuhanan.

             iii.b  Objektif  -
Objektif  bagi tajuk bersuci daripada najis  ialah mengamalkan ibadat  - ibadat asas dalam Fardhu Ain serta memahami Fardhu Kifayah  sebagai tuntutan kebajikan umat Islam.. Sebagai umat Islam yang mengamalkan cara hidup yang berlandaskan rukun iman dan rukun Islam yang mewajibkan umatnya menunaikan solat lima waktu sehari semalam dan untuk menyempurnakan ibadah solat semestinya tubuh badan ,pakaian dan tempat berada dalam iaitu mendidik secara berterusan iaitu sehingga mjurid ini dewasa dan berkeluarga dan berpaksi secara ketuhanan.
   
   Objektif pengajaran ialah suatu keterangan mengenai ’performance’ yang perlu ditunjukkan oleh pelajar sebelum dianggap berupaya (compotent). Ia adalah huraian cadangan hasil daripada pengajaran dan bukannya proses pengajaran (Mager 1990). Objektif ini perlu bagi seseorang guru menentukan kandungan dan prosedur pengajaran, menyusun strategi dan aktiviti dan menilai serta mengukur keberkesanan pengajaran dan pembelajaran..

               iii.c   Pengetahuan sedia ada murid.
Pengetahuan sedia ada murid ialah murid tahu amalan bersuci. Amalan    bersuci amat penting dalam kehidupan harian meliputi ibadah , pekerjaan ,
Hubungan dalam masyarakat dan sebagainya. Murid juga boleh membezakan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah .Ini sesuai dengan  Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek ,rohani ,emosi dan jasmani.
               iii.d  Kemahiran
              Kemahiran yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran  ini ialah

               iii.e Alat bantu mengajar
Alat bantu mengajar  yang digunakan ialah gambar  dan bola yang  digunakan adalah untuk memastikan murid tahun cara – cara untuk bersuci dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.Sesuai dengan FPK untuk melahirkan insan tahu membezakan yang bersih dan yang kotor.
               iii.f   Kaedah dan teknik pengajaran
    Pendekatan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah pendekatan pemusatan kelas, kumpulan dan individu. Ia bertujuan untuk melibatkan kesemua murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini juga memberi peluang kepada guru untuk mengenali murid-murid dengan lebih dekat.
   Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kaedah soaljawab perlu digunakan untuk memastikan murid-murid dapat memahami apa yang diajar oleh guru. Kaedah ini ialah guru mengemukakan soalan dan murid memberi jawapan yang sewajarnya. Kaedah ini digunakan oleh guru dalam pelajaran ibadah iaitu bersuci daripada najis.
   Kaedah ini guru  mengunakan pendekatan pemusatan guru dan pemusatan murid. Kaedah ini membahagi beberapa kumpulan murid dengan jumlah minimum kira-kira sepuluh orang murid dalam satu kumpulan, dalam kumpulan ini guru boleh bertindak sebagai fasilitator di samping murid bebas mengemukakan pandangan masing-masing. Dalam situasi sedemikian guru dan murid dapat berinteraksi secara langsung. Kaedah ini diperaktikan oleh guru semasa pembahagian kumpulan . Kaedah ini dilakukan oleh guru  aktiviti berkumpulan.

        iii.g   Set induksi
               Set Induksi  disimpulkan bahawa set induksi ialah satu cara memulakan   pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran amat penting kerana di sini    guru meyampaikan ideanya kepada pelajar dan menanamkan ke dalam fikiran pelajar bahan-bahan pengajaran yang hendak disampaikannya. Sementara itu, guru juga perlu menumbulkan minat dan menggerakkan para pelajar supaya mereka sedia belajar dan memikirkan pengetahuan serta kemahiran yang dipersembahkan oleh guru mereka.
               Set induksi yang dibuat dalam RPH ialah muzik dimainkan dan bola                                   bersih       dan kotor      dimasukkan ke dalam 1 bekas .Muzik berhenti dan murid yang memegang bekas dikehendaki memilih bola
          iii. h Penilaian    
                        Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.
                        Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum.
                        Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.Proses Penilaian dalam Rancangan Pelajaran Harian ialah latihanyang dibuat dalam kumpulan iaitu semua kumpulan perlu menulis contoh – contoh najis dan cara manyucikannnya.

           iii. j Penutup
             Untuk menentukan bahawa pengajaran guru itu berkesan dan berjalan lancar, kemahiran penutup pelajaran sama juga pentingnya dengan kaedah memulakan pengajaran. Penutupan pengajaran yang baik akan meninggaalkan kesan yang berkesan di lubuk hati para pelajar.
              Penutup dalam RPH ini ialah guru menerangkan semula bersuci daripada najis dan bersoaljawab dengan murid.





3.0       Penterjemahan Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-Nilai Murni Dan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) menerusi tema/tajuk Ibadah dan tajuk ialah Bersuci daripada najis.
   
3.1 Pengetahun
            a)         Pengetahuan kandungan spesifik mata pelajaran

                Pengetahuan Kandungan merujuk kepada rancangan pengajaran yang dilakukan oleh seorang guru bagi sesuatu subjek.Ia merangkumi keseluruhan proses yang berlaku  perancangan pengajaran guru.
    Mata pelajaran yang akan diajar ialah Pendidikan Islam dan bidang yang akan dipilih ialah ibadah  Tahun 4 dan tajuk ialah  menyucikan najis seperti dalam Rancangan Pelajarn Harian .Fokus kajian ialah kepada unsur – unsur Falsafah Pendidikan kebangsaan yang terdapat dalam RPH  .Rancangan Pelajaran harian ialah satu rancangan untuk satu unit pengajaran dan pelajaran yang padu. RPH biasanya direka bentuk untuk disempurnakan dalam satu – satu sessi pengajaran  di bilik darjah . Ia mengandungi unsur – unsur seperti butiran am , tajuk pelajaran , objektif , kemahiran , alat  bantu mengajar , kaedah dan dan teknik pengajaran , pengetahuan sedia ada , set induksi , perkembangan , penilaian , penutup dan sebagainya.

     Persediaan mengajar biasanya bukan sahaja menyenaraikan unsur- unsur tersebut tetapi juga sebagai panduan dan peraturan yang mesti di patuhi oleh guru dan diikuti oleh guru – guru. Menurut George Brackett , seorang pengarang perisian pendidikan berkata “ Pedagogy is the bellefs that justify instruction  Unplannedteaching and learning is s recipe for wasting time “ Daripada pendapat beliau ini jelas menunjukkan bahawa rancangan pengajaran itu memainkan peranan yang penting dalam sesuatu proses  pengajaran dan pembelajaran.  Jika kita mahu menggunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran serta kurikulu kita mesti tahau cara untuk melakukannnya. Teknik dan cara yang paling baik ialah dengan menulis apa sahaja bahan yang diperlukan merancang dengan teliti , jenis bahan yang akan digunakan dan tempat aktiviti itu akan dujalankan , akan menjadikan pengajaran lebih afektif .


Pengenalan Pendidikan Islam 
   Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh setiap murid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6 . Pendidikan Islam menekankan kemahiran asas yang perlu dikuasai individu Muslim  merangkumi aspek keimanan , kemanusiaan , kemasyarakatan dan kenegaraan. Tumpuan khusus mata pelajaran ini ialah  , pertama  Pendidikan asas Tilawah Al Quran ,kedua ; pembentkan aqidah  dan bimbingan Asas Fardhu Ain  , ketiga ; pemupukan amalan Fardhu  Ain dan Fardhu Kifayah yang dituntut oleh Syari’at Islam dan keempat ; penerapan adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid. Keempat – empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan .
    Penyampaian yang berkesan mampu menerapkan asas keimanan dan membentuk murid – murid  agar mempunyai cita – cita yang tinggi , daya tahan  semangat juang,   gigih berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang ke arah  pembentukan muslim mukmin yang berilmu , beriman , beradab , berakhlak mulia , berketrampilan , bertanggungjawab , beramal soleh dan bertaqwa selaras dengan Falsafah Penddikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam .
    Terdapat pelbagai definisi mengenai Pendidikan Islam ,  di antaranya ialah “suatu proses melaksanakan falsafah pendidikan dan menterjemahkannya secara realiti dalam usaha membina insane dan memasyarakatkannya mengikut falsafah Islam yang berasaskan prinsip – prinsip nilai yang dibawa oleh Islam “ (Zawawi Hj. Ahmad , 1994) .Manakala Khursid Ahmad (1978) memberikan takrifan tentang pendidikan Islam seperti berikut :
    “ Pendidikan Islam ialah proses mendidik dan melatih akal , jasmani ,rohani dan emosi manusia berasaskan sumber wahyu , iaitu Al Quran dan Al Sunnah , pengalaman memikul tanggungjawab khalifah yang dperanggungjawabkan oleh SWT ke atas manusia supaya mengimarahkan alam  ini untuk kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat (dalam Abdul Halim El Muhammady , 1993)”
    Berdasarkan beberapa pendapat mengenai Pendidikan Islam , maka dapatlah di simpulkan bahawa pendidikan Islam adalah pendidikan yang sangat penting bagi setiap individu Muslim . Oleh itu , Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ,di bawah Bahagian Pendidikan Islam , telah dia amanahkan untuk memastikan pelaksanaan mata pelajaran pendidikan Islam dilaksanakan secra professional di sekolah – sekolah di Malaysia .
     Peringkat pelaksanaan Pendidikan Islam dalam KPM  bermula dari peringkat Pra sekolah , tahap 1 di Sekolah Kebangsaan ( SK ), tahap 2 di Sekolah Kebangsaan (SK) , Menengah Rendah dan Menengah Atas dan Tingkatan 6 (BPI , 2011 :4).

    Tajuk pengajaran matapelajaran Pendidikan Islam yang saya pilih ialah ibadah , sukatan pelajaran Tahun 4.Pendidikan Ibadah sekolah rendah melibatkan teori dalam pengajaran dan pembelajaran . Sila rujuk – Agihan Tajuk ). Modul ini mengandungi  tiga tajuk iaitu Tajuk 1- Pengenalan Konsep Ibadah Dalam Islam ,Tajuk 2 – Ibadah Dalam Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah , Tajuk 3- analisis dan Huraian Isi Kandungan Ibadah dalam sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Tahun 1- 6 , Tajuk 4 –Aplikasi Strtaegi Pengajaran dan Pembelajaran ibadah Tahun 1 dan 4.



.
   b)      Pengetahuan kandungan yang diserapkan dari mata pelajaran lain.

               Pengetahuan kandungan yang diserapkan dari mata pelajaran lain ialah Pendidikan Sivik , Bahasa Arab , Sains dan bahasa Melayu.

   c)      Huraikan dan kaitkannya dengan matlamat pendidikan yang anda nyatakan dalam tajuk matlamat pendidikan yang dihasratkan dalam FPK

                Matlamat pendidikan yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan kebangsaan ialah
Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia serta manusia yang seimbang dari segi emosi ,rohani, intelek dan Jasmani. Objektif tajuk bersuci daripada najis ialah
Dapat melahirkan individu yang memahami konsep Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dalam kehidupan seharian.Umum mengetahui bahawa najis itu kotor dan jika terkena najis ibadah tidak sah.Ibadah seperti solat , haji. membaca Al Quran memerlukan umat Islam sentiasa dalam keadan yang bersih.

                Menjaga kebersihan boleh juga dikaitkan dengan mata pelajaran Pendidikan Sivik iaitu menjaga kebersihan dan kesihatan.Islam menggalakkan ujmatnya menjaga kebersihan dan matlamat Falsafah iaitu dapat melahirkan individu yang dapat membezakan yang baik dan yang buruk contohnya jenis – jenis najis. Selain itu bersuci dalam najis boleh juga dikaitkan dengan mata pelajaran bahasa Arab iaitu Mukhafafah , Muttawasitah dan Mughallazah perkataan daripada bahasa Arab. Sesuai dengan matlamat Falsafah iaitu melahirkan individu yang berilmu yang bermaksud memperbanyakkan pengetahuan tentang bahasa – bahasa lain sebagai panduan dalam kehidupan .Pengetahuan tentang bahasa lain dapat meningkatkan ilmu kerana banyak buku –buku ilmiah yang ditulis dalam bahasa asing seperti bahasa Arab , bahasa Inggeris dan lain – lain.
                Mata pelajaran lain yang diserap ke dalam  tajuk bersuci dari najis ialah Sains iaitu perkataan arak yang mengandungi alkohol. Walaupun arak bukanlah benda kotor , tetapi arak juga disebut najis kerana ia mengandungi alkohol iaitu bahan – bahan yang tidak boleh diminum dan digunakan pada pakaian dan  tubuh badan.Falsafah Pendidikan Kebangsaan memang mementingkan ilmu pengetahuan dan sebagai umat Islam , kita mestilah tahu membezakan yang halal dan haram. Pengetahuan mengenai Sains amatlah penting kerana banyak bahan – bahan yang umat Islam selalu gunakan dalam makanan dan minuman tetapi tidak tahu status bahan yang digunakan.Contohnya ,wei iaitu sejenis bahan yang dihasilkan daripada lelemak binatang yang sering digunakan untuk menghasilkan susu .

              Persoalannya, lemak haiwan apakah yang digunakan dan jika haiwan itu halal dimakan  bagaimanakah dengan cara sembelihannya? Semua masalah ini akan dapat diatasi  dengan lahirnya individu yang dapat menghasilkan satu alat yang dapat mengesan sel dan DNA babi dalam makanan seperti  alat yang direka oleh IPPH (Institut Penyelidikan Produk Halal) UPM iaitu HAFYS (Halal Verificaytion System).FPK adalah untuk melahirka individu yang intelek , berkemahiran tinggi dan keimanan serta  ketaqwaan kepada Allah.
         

3.2       Kemahiran
a)         Kemahiran spesifik mata pelajaran.
                 Kemahiran spesifik mata pelajaran pendidikan Islam tajuk Ibadah iaitu bersuci daripada najis ialah kemahiran menyebut , mengenal dan membeza.Murid boleh mengenal jenis – jenis najis iaitu najis Mukhafafah , Muttawasitah dan Mughallazah. Murid boleh menyebut jenis – jenis najis dan murid boleh membeza cara menyucikan najis Mukhaffafah , Muttawasitah dan Mughallazah.

 b)        Kemahiran lain yang digabungjalinkan.

                 Kemahiran yang digabung jalinkan ialah

 c)        Huraikan dan kaitkannya dengan matlamat pendidikan yang anda nyatakan dalam tajuk matlamat pendidikan yang dihasratkan dalam FPK
             Matlamat melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan/berkemahiran.tinggi  Adalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan


3.3       Nilai-Nilai Murni

Nilai murni didefinisikan sebagai perlakuan yang baik , peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia , alam dan tuhan . Wan  Mohd Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:
     "Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988)

      Untuk mencapai hasrat Falsafah pendidikan Kebangsaan , 1996 dan matlamat pendidikan negara , nilai – nilai murni tidak berjaya dilakukan tanpa mengasas , membina dan mengembangkannya melalui sistem pendidikan .Pelaksanaan  dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan nilai – nilai murni akan memastikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan tercapat . Unsur – unsur nilai murni yang dimaksudkan ialah nilai – nilai murni bersifat tetap dan kudus yang diamalkan oleh oleh semua agama dan bersifat universal .Nilai – nilai murni adalah berasaskan pandangan dan maklum balas yang diperolehi dan diputuskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Akhlak tahun 1976 yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama.

    Nilai – nilai murni tersebut ialah:


1. Baik hati.
2. Berdikari.
3. Hemah Tinggi.
4. Hormat Menghormati.
5. Kasih Sayang.
6. Keadilan.
7. Kebebasan.
8. Keberanian.
9. Kebersihan Fizikal dan Mental.
10. Kejujuran.
11. Kerajinan.
12. Kerjasama.
13. Kesederhanaan.
14. Kesyukuran.
15. Rasional.
16. Semangat Bermasyarakat.


    Dalam Rancangan Pelajaran Harian yang telah ditulis , telah diterapkan  nilai – nilai murni seperti yang terdapat dalam  set induksi langkah 1 iaitu murid boleh membeza benda kotor dan bersih serta mengetahui jenis – jenis najis . Nilai   murni yang diterapkan dalam RPH ialah kebersihan Fizikal dan Mental .Selain daripada itu dalam langkah 2 dan 3 pula murid boleh menyucikan najis mukhaffah , muttawasitah dan mughallazah .Nilai murni yang diserapkan ialah Kerajinan , kebersihan Fizikal dan mental dan rasional . Kebersihan adalah konsep ibadah yang asas dan elemen yang penting untuk memastikan ibadah seperti solat ,membaca al Quran , haji dan sebagainya akan diterima Allah .

    Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari  segi emosi , rohani ,jasmani dan intelek  dan juga melahirkan individu yang memiliki ilmu (intelek ) , sahsiah yang baik (emosi ) , kepercayaan kepada tuhan serta berakhlak mulia (rohan) , kesihatan diri yang baik (jasmani) . Ini bertepatan dengan  ajaran agama Islam yang mengutamakan kebersihan seperti terdapat dalam hadis yang bermaksud “ Kebersihan itu separuh daripada iman” . Nilai – nilai murni yang diterapkan dalam RPH ini berjaya menjadi landasan kepada objektif ibadah iaitu dapat mengamalkan  konsep fardhu Ain dan Kifayah .




3.4       Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

    Elemen merentas Kurikulum (EMK )  ialah  unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan . Elemen – elemen ini diterapkan  bertujuan untuk megukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran masa kini dan akan datang . Elemen merentas kurikulum yang sedia ada ialah Bahasa , Sains dan Teknologi , Pendidikan  Alam sekitar , nilai murni dan Patriotisme .Elemen tersebut di atas adalah EMK untuk KBSR
    Elemen merentas kurikulum yang baru ialah Kreativiti dan Inovasi  dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.
 Elemen merentas kurikulum dalam RPH yang telah ditulis ialah nilai murni., keusahawan , kreatif dan inovatif serta teknologi.

a)         Keusahawanan
b)         Kreatif & inovatif
c)         Teknnologi
d)         Huraikan dan kaitkannya dengan matlamat pendidikan yang anda nyatakan dalam tajuk matlamat pendidikan yang dihasratkan dalam FPK.

            Dalam rancangan Pelajaran Harian tajuk bersuci daripada najis ini telah diserapkan elemen merentas kurikulum iaitu keusahawanan , kreatif dan inovatif dan teknologi. Guru memberi penekanan tentang najis mughallazah iaitu najis berat. Guru mengaitkan najis mughallazah sebagai najis yang  untuk berat.Semua yang berkaitan dengan babi adalah haram dan bila terkena badan , pakaian dan tempat perlu disamak.Tanah yang digunakan adalah tanah liat, timbul masalah apabila DNA babi digunakan dalam makanan dan kasut serta beg.Untuk mengesan DNA babi dalam makanan , kepakaran dan teknologi serta inovatif  amatlah diperlukan . Secara tidak langsung akan memberi gambaran bahawa betapa penting pengetahuan mengenai Sains dan teknologi dan memberi inspirasi kepada murid – murid supaya menguasai mata pelajaran Sains dan Matematik serta juga mahir  dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.Umat Islam dewasa ini sememangnya tercabar dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran untuk menjadi Muslim yang sejati

       Secara tidak langsung akan melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek , rohani , Jasmani dan  emosi dan melahirkan individu berketrampilan dan berpengetahuan juga mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan larangannya .Umat Islam memerlukan kepakaran  dan teknologi untuk terus bersaing dengan orang lain . Keusahawanan pula diterapkan melalui konsep  ekonomi iaitu membuat industi makanan (hub Halal) dan pakaian serta barang – barang lain untuk kegunaan umat Islam untuk mengelakkan perasaan was – was di kalangan umat Islam serta meningkatkan ekonomi umat Islam .








































4.0       Peta Minda:Hubungkait Antara Komponen Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-Nilai Murni Dan EMK Dalam Penterjemahan FPK

                                              PETA MINDA

TAJUK *OBJEKTIF * PENGETAHUAN SEDIA ADA*ALAT BANTU MENGAJAR*SET INDUKSI *PENILAIAN * PENUTUP.




--






 






















5.0       Aplikasi Komponen Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-Nilai Murni Dan EMK Dalam Pengajaran & Pembelajaran Dan Jangkaan Terhadap Pembangunan Modal Insan.
   
Sebagai guru yang  mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam saya yakin dan percaya bahawa matlamat pendidikan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam FPK iaitu membina warganegara yang baik boleh dicapai. Sebagai guru , saya sedar bahawa setiap murid yang saya didik mempunyai potensi yang berbagai. Potensi tersebut merupakan modal insan yang dapat dibentuk dan dikembangkan lagi untuk mengupayakan setiap murid nanti memberikan sumbangan kepada pembangunan diri , keluarga , masyarakat dan negara. Modal insan yang dinyatakan di dalam FPK mencakupi kecerdasan intelek , rohani , emosi dan kecergasan jasmani. Saya yakin, dengan mengaplikasikan secara berterusan , menyeluruh , bersepadu dan seimbang terhadap pengetahuan , kemahiran , nilai dan EMK menerusi mata pelajaran Pendidikan Islam, pembangunan modal insan boleh dicapai.

           Falsafah Pendidikan Kebangsaan jelas amat mementingkan perubahan tingkah laku individu dalam setiap pengajaran dan pembelajaran.Pembangunan Modal Insan bermaksud Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insane yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif , berkemahiran menyelesaikan masalah , berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru , mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

        Rancangan Pelajaran  Harian bersuci daripada najis  adalah selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahukan individu yang berketrampilan dan seimbang dari segi rohani , jasmani , emosi dan intelek membuat dasar   pengukuhan program 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) .Individu  yang mengamalkan cara hidup yang sihat dan bersih dan mementingkan keselamatan adalah individu   berpengetahuan dan berakhlak mulia serta berktrampilan.

          KPM berusaha memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar secara merentasi mata
pelajaran dan melalui mata pelajaran khusus seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral. Pada tahun 2005, mata pelajaran Pendidikan Islam dimantapkan lagi melalui pengenalan program j-QAF secara berperingkat di sekolah rendah.  Dasar Program pengukuhan 3K  adalah untuk menghasilkan modal insan yang mengamalkan  kebersihan perlu disemai dan dipupuk sejak awal dari rumah .serta diperkembangkan di sekolah agar dapat menjadi amalan sepanjang hayat.
Program Amalan Kebersihan Sekolah mempunyai lima objektif utama, iaitu:

• membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan
dalam menjalani kehidupan seharian;
• meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan, serta menghargai kemudahan yang disediakan.
• memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk
mencapai matlamat amalan kebersihan sekolah;

    Kesimpulannya  , rancangan pengajaran yang disediakan selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan dalam usaha untuk melahirkan Modal Insan.



6.0       Proses Menterjemahkan Komponen pengetahuan, kemahiran, nilai Dan EMK Dalam Proses Pengajaran & Pembelajaran

    SATU (1) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAGI TAJUK  IBADAH BERSUCI DARPADA NAJIS

Tarikh              : 30 Oktober                            Hari     :iSNIN
Masa                : 11.10 -12.10                          Kelas   :4 anggun
Subjek             : Pendidikan Islam
Tema               : Ulum Syariah
Tajuk               :Ibadah
Sub Tajuk        :Bersuci daripada najis
Standard Kandungan :            :Murid boleh menamalkan fardhu Ain dan FardhuKifayah dalam kehidupan seharian
Standard Pembelajaran           :
Hasil Pembelajaran: Selepas pengajaran, pelajar dapat:
1.      Domain Kognitif
i.                    Murid boleh menyebut maksud bersuci
ii.                  Murid boleh menyebut jenis najis
iii.                 Murid boleh menyebut contoh najis
2.      Domain Afektif
i.Menyenaraikan najis yang terdapat dalam alam sekitar.
3.      Domain Psikomotor
i.                    Murid  boleh menyucikan najis

ABM               : gambar najis . rumput ,
Pengisian Kurikulum:
i.                    Ilmu. Pendidikan Sivik , Sains ,Bahasa Arab dan Bahas Melayu.
ii.                  Nilai : Kebersihan mental dan fizikal ,kerajinan dan kerjasama                    
iii.                Elemen Merentas Kurikulum
a)      Keusahawanan
b)      Kreatiif & Inovatif
c)      Teknologi
Kemahiran       : Menyebut dan memahami
Strategi                        :
Pengetahuan Sedia Ada          :Murid mengetahui serba sedikit tentang najis





AKTIVITI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Fasa / Langkah
Isi Pelajaran/ Kandungan
Aktiviti Pengajaran &
Pembelajaran
Catatan
(Penjelasan tentang aplikasi pengetahuan, kemahiran, nilai & EMK)

Permulaan/
Mencungkil idea
(5 minit)
-Guru menunjukan segumpal lumpur dan bersoal jawab
-Adakah lumpur kotor?
-Guru menunjukkan gambar najis.
-Adakah semua benda kotor itu najis?


Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal
berdasarkan gambar najis

Murid memberi respond dan menjawab soalan guru
Langkah 1

(10 minit) Langkah 1


Bersuci ialah membersihkan tubuh badan, pakaian dan persekitaran daripada najis dan hadas
Najis ialah benda-benda kotor pada hukum syarak yang menyebabkan solat tidak sah
-Contoh-contoh najis
-Guru memaparkan gambar tentang maksud bersuci  dan maksud najis
-Guru menunjukkan gambar contoh-contoh najis



Murid mendengar
Murid melihat


Langkah 2
(10 minit)
Latihan.



-Murid mendengar
-Murid bertukar pendapat mengenai contoh najis
Refleksi/
Penutup
(5 minit)
Maksud Bersuci
-Maksud Najis
- Contoh-contoh najis

Guru bersoal jawab dengan murid mengenai pelajaran hari ini
         Guru membahagi lembaran kerja (kerja rumah)

MMurid    menjawab soalan guru
         Murid menerima lembaran kerja





















BIBLIOGRAFI


ml.scribd.com/.../Penerapan-Falsafah-Pendidikan-..

atikan-jurnal.com/.../09.zahiah.mustapha.um_.my...
Kurikulum B.Aru Sekolah Rendah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan, 1991

Hamidah Baba (1999). “Kepimpinan Dan Perkembangan Profiesional Di Sekolah”. Kuala
Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd.

Malaysia (1997). “Akta Pendidikan 1996”. Dlm. Buku Peraturan – Peraturan Kurikulum
Kebangsaan Pendidikan 1997

www.slideshare.net/.../falsafah-pendidikan-guru www.slideshare.net/.../falsafah-pendidikan-guru 
perlis.moe.edu.my/skpbu/index.php?..
www.spikel.bpi.edu.my/phocadownload/hsp4.pdf 
rosfazila.wordpress.com/.../pengetahuan-pedagogi..
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000c). Sukatan pelajaran pendidikan Islam
KBSR Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

www.epu.gov.my › ... › ProfilSeksyen dan Unit

No comments: