Bahagian-bahagian
najis:
S:
Berapakah bahgian najis?
J:
Najis terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
1.Najis
Mukhaffafah
Najis
mukhaffafah ialah kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua
tahun yang tiada makan sesuatu selain dari susu(susu yang dicampur gula atau
tepung itu hukumnya seperti yang selain dari susu).
2.Najis
Mughallazah
Najis
mughallazah ialah anjing dan babi dan keturunan dari keduanya atau salah satu
dari keduanya.
3.Najis
Mutawasitah
Najis
mutawasitah adalah najis selain dari najis mukhaffafah dan najis mukhalazah
iaitu:
•
Setiap yang cecair yang memabukkan
• Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing.
• Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia.
• Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai.
• Bangkai selain dari mayat manusia,ikan dan belalang,darah,nanah,muntah tahi dan kencing.
• Susu binatang yang tidak dimakan dagingnya melainkan susu manusia.
• Bahagian anggota yang bercerai dari barang yang hidup itu hukumnya seperti bangkai.
CARA-CARA
MENYUCI NAJIS
S:
Bagaimana cara bersuci daripada najis tersebut?
J: Cara untuk menyucikan najis ialah:
J: Cara untuk menyucikan najis ialah:
1.Najis
Mukhaffafah
Memadai
dengan menyucikan sesuatu dari najis mukhaffafah itu dengan dipercikan air yang
meratai akannya dengan tidak disyaratkan mengalir air,setelah dihilangkan
ainnya.
2.Najis
Mughallazah
Bagi
menyucikan sesuatu dari najis mughallazah itu ialah dengan dibasuh tujuh
kali.Sekali darinya dengan air tanah,iaitu air yang dicampur dengan tanah yang
suci.
Jika
tidak hilang najis itu sehingga beberapa kali maka dikira sekali sahaja,maka
hendaklah ditambah enam kali lagi.
3.Najis
Mutawasitah
Bagi
menyucikan sesuatu dari najis mutawasitah itu wajiblah dihilangkan rasanya,
warnanya dan baunya.(Dan tidak dimaafkan jika tinggal warnanya atau
baunya).Tidak mengapa jika tinggal warna atau baunya yang payah hilang.
Dan
tidak ada baginya rasa,warna dan bau memadailah mengalirkan air pada tempat
yang terkena najis itu.
Hukum
arak yang jadi cuka
Apabila
arak atau tuak itu menjadi cuka dengan sendirinya, maka suci hukumnya, dan
sucilah juga bekasnya.
No comments:
Post a Comment